Feb 7, 2012

Puisi ~~~ aku YanG JauH



Tercampak jauh ..
Sendirian di pulau sunyi..
Tidak mampu aku kembali..
Mungkin akan terus di sini..
Bertemankan bulan bintang..
Dan ombak menjadi saksi..


Semakin jauh..
Hilang dari keramaian..
Kesunyian..
Keseorangan..
Tiada peneman tatkala duka..
Tiada pendengar saat terluka..
Lalu ku cari angin jadi sahabat..


Aku pergi semakin jauh..
Meredah hutan rimba..
Berkelana keseorangan..
Kerana angin tega meninggalkanku..
Dan kusesat di persimpangan..
Tiada peta penunjuk jalan..
Kompas di tangan hilang gunanya..
Malam gelita menutup bintang..

  
Jauhnya diri ini..
Ku terduduk kehampaan..
Mengenang nasib suratan hidup..
Unggas pula riang menyapa..
Menghulur salam persahabatan..
Namun tiada keinginan aku menyambut..
Kerna kuterlena dalam angan..






Aku tersedar dari mimpi..
Ku terlihat sinar rembulan..
Terang menyuluh langkahku..
Aku selamat pulang..
Bertemankan cahaya purnama di saat kelam..
Diganti sang suria menyambung perjuangan..



No comments: